Friday, 11 November 2011

‎[Sebuah Renungan] Ayah!... Solat Subuh ..


Suatu hari seorang anak sedang belajar di sekolahnya, dia baru kelas 3 BS. Di dalam salah satu mata pelajaran yang diambilnya, seorang guru menjelaskan tentang solat subuh dan dia menyemaknya dengan teliti. Pada permulaanya, guru tersebut membincangkan tentang keutamaan dan pentingan solat subuh secara berjemaah, tersentuhlah anak didiknya yang masih kecil itu. Terpengaruhlah seorang anak kecil tadi oleh perkataan gurunya kerana sebelum ini dia dan keluarganya belum pernah solat subuh.

Ketika dia pulang ke rumah, berfikirlah dia bagaimana caranya supaya boleh bangun untuk solat subuh pada keesokkannya. Dia tidak mendapatkan caranya selain tidak tidur semalaman sehinggalah dapat melaksanakan solat subuh. Pada malam tersebut,dia langsung tidak tido kerana dia sedia menanti suara azan yang akan dilaungkan tanda masuknya waktu subuh. Dan ketika mendengar azan, bergegaslah dia untuk menjalankan solat subuh. Tetapi ada masalah bagi anak kecil ini untuk sampai ke masjid kerana masjid tersebut terletak terlalu jauh daripada rumahnya. Dia tidak boleh pergi secara bersendirian, maka menangislah dia dan duduk di depan pintu. 

Tetapi tiba-tiba dia mendengar suara kasut seseorang dari arah jalan, lalu dia pun membuka pintu dan segera keluar dari rumahnya. Nampaknya kakak ini menuju masjid. Anak kecil ini melihat sang kakak dan dia juga mengenalinya. Kakak ini merupakan kakak kepada temannya, Ahmad. Anak kecil ini mengikuti Kakak Ahmad dari belakang dengan rasa khawatir dan perlahan-lahan dalam berjalan, jangan sampai Si kakak merasa diikuti dan melaporkan kepada keluarganya dan yang kemungkinan akan menghukumnya. Berjalanlah peristiwa ini seterusnya sampai pada suatu ketika Si kakak dipanggil oleh Allah Pemilik jiwa dan raganya. Kakak Ahmad telah meninggal dunia.

Anak kecil mendengar khabar ini, tertegunlah dia dan terus menangis bersungguh-sungguh. Ayahnya sangat hairan melihat keadaan seperti itu, kemudian dia bertanya kepada anaknya, “wahai anakku kenapa kamu menangis sampai seperti ini, dia itu bukan teman bermainmu dan bukan pula saudaramu yang hilang?” Anak kecil itu melihat kearah ayahnya dengan berlinang air mata penuh kesedihan, dan berkata kepada ayahnya, “seandainya yang meninggal itu ayah, bukan dia.” 

Bagai disambar petir dan tercenganglah seorang ayah kenapa anaknya yang berkata dengan ungkapan seperti itu, dan kenapa begitu cintanya anaknya kepada kakak tersebut? Anak kecil menjawab dengan suara yang sedih, “Aku tidak kehilangan dia karena hal-hal yang ayah sebutkan.” Bertambah heran ayahnya itu dan bertanya, “habis tu, kerana apa?” 

Anak itu menjawab, “kerana solat ayah….kerana solat!”

Kemudian anak itu menambahkan pembicaraannya, “Ayah, kenapa ayah tidak solat subuh? Kenapa ayah tidak seperti si kakak Ahamad dan seperti orang lain yang aku lihat?” Berkata ayahnya, “dimana kamu melihatnya?” Anak kecil itu menjawab, “di masjid.” Berkata lagi ayahnya, “bagaimana kisahnya?” Maka berceritalah anak kecil itu kepada ayahnya tentang apa yang dilakukan selama ini.

Tersentuhlah seorang ayah oleh anaknya, lembutlah hati dan tubuhnya, jatuhlah air matanya, dan dia teus memeluk anaknya, dan semenjak peristiwa itu, ayah anak itu tidak pernah meninggalkan solat satu waktupun dan semuanya dilakukan di masjid.


No comments:

Post a Comment

My Hamster