Setiap dari kita akan merasa irihati pada satu-satu masa dan ini adalah perkara biasa dlm kehidupan. Tetapi bila seseorang menjadikan rasa irihati perkara yg diluar kawalan, anda mungkin akan menjadi sasaran kepada penghinaan, tuduhan serta ngumpatan dan dusta yg mengaibkan. Ia akan menjadi lebih sulit apabila anda menjadi sasaran lebih dari sekadar seorang. Anda perlu ingat yg membuat mereka irihati adalah apa yg ada pada diri anda dan bukanlah diri anda secara semulajadi. Anda tidak perlu gusar, sebaliknya anda perlu membaca terus utk mengetahui bagaimana menanggani orang-orang yg irihati...
♥ Memahami Mengapa Mereka Irihati
Adalah mustahil utk menuding akan sesuatu dgn tepat kenapa mereka irihati, jadi anda tidak perlulah risau apa yg sebenarnya menjadi punca. Sebaliknya, fahami bahawa rasa irihati mereka bukanlah disebabkan oleh anda dan ia tidak ada kena-mengena dgn sebaik mana anda sebenarnya. Rasa irihati boleh disebabkan oleh keinginan utk memiliki apa yg anda punya - wang, sesuatu benda, kemahiran - dan mengetahui yg mereka tidak mudah memilikinya. Ia tidak ada kena-mengena dgn siapa anda atau lebih tepat apa yg anda ada dan orang-orang yg irihati akan menyakinkan diri mereka yg mereka lebih berhak utk memilikinya dari diri anda, dan itulah yg menjadikan anda sasaran mereka. Yg sepatutnya mereka lakukan adalah mengalihkan tenaga rasa iri itu kepada apa yg mereka inginkan dari menyalahkan orang yg memiliki, mereka mungkin akan memiliki apa yg mereka inginkan.
♥ Jgn Hiraukan Mereka
Benar, adalah mudah berkata-kata dari melakukan tetapi jika anda tidak terus 'menuang minyak kepada api' irihati mereka itu, tentunya mereka tidak akan terus 'terbakar' dgn rasa iri. Dan mungkin ada orang lain yg akan memastikan rasa iri itu terus meluap-luap, selagi anda tidak menghiraukan mahupun bertindak, anda tidak ada apa yg perlu dirisaukan. Tidak ada yg lebih menyakitkan bagi seseorang yg irihati dari tidak dapat mengacau orang yg menjadi sasaran mereka. Kejayaan adalah jalan terbaik mengalahkan irihati, tanpa menjawab sebarang tuduhan dan memberi orang yg merasa iri itu lebih ruang utk terus menuduh.
♥ Hulurkan Bantuan Anda
Kelihatan seperti tidak masuk akal tetapi ianya boleh dilakukan dan adakalanya membantu. Kerap kali, orang yg irihati menganggap sasaran mereka itu adalah orang yg 'luarbiasa' dan inilah yg membuat sasaran mereka memiliki barang atau kemahiran yg mereka inginkan. Jika anda mendekati orang yg irihati dgn niat membantu, mereka bukan saja menerima bantuan anda tetapi menggugurkan rasa irihati dan jadikan anda kawan. Tentunya ada orang yg irihati akan melihat bantuan yg anda hulurkan sebagai cabaran, jadi janganlah terkejut jika anda terima sindiran di khalayak ramai hanya kerana ingin membantu.
♥ Buat Diri Anda Seolah Tidak Wujud
Adakalanya, salah satu cara utk melepaskan diri dari orang yg irihati adalah menghilangkan diri anda dari pandangan mereka sepenuhnya. Ini mungkin agak sukar jika anda perlu bekerjasama atau menghadiri sekolah yg sama. Biarpun begitu, menghindari orang yg irihati adalah jalan terbaik utk mengurangkan tekanan bagi anda dan yg rasa irihati itu sehingga masa yg sesuai di mana desas-desus telah mula pudar.
No comments:
Post a Comment