Hai Kaum Adam, kasihanilah Kaum Hawa..apabila mereka tersesat..tunjukkanlah mereka jalan yang benar..janganlah engkau berterusan mementingkan dirimu..dengan menjadikan mereka semakin sesat..dan kemudian engkau tinggalkan mereka begitu sahaja..mengapa Kaum Adam? Mengapa? Bimbinglah mereka..bimbinglah...
Sebagaimana Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk Adam a.s , sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" (Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"
Dengarlah wahai Kaum Adam, Kaum Hawa itu adalah tanggungjawab kamu walaupun dia tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan keluarga dan sanak saudaramu, janganlah kamu mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah dan tidak mengetahui apa-apa dengan mengajarkan mereka kearah kerosakan akhlak!!!
Sekiranya itulah yang telah kamu lakukan, BERTAUBATLAH dan BERTANGGUNGJAWABLAH dengan apa yang telah kamu lakukan terhadap kaum hawa itu!
Ingatlah, kamu boleh lari dari mereka di dunia dan bersenang-lenang dengan mengahwini kaum hawa yang lebih baik, tapi di akhirat nanti kamu tidak boleh lari dari pertanyaan Allah s.w.t tentang kaum hawa yang telah kamu rosakkan, dan ditinggalkan dan dibiarkanmu terumbang ambing sendiri dalam kesedihan dan penyesalan yang tidak sudah.. Maka bersedialah kamu dengan seksaan api neraka-Nya. Wahai kaum Adam, berhati-hatilah terhadap doa Kaum Hawa yang telah kamu zalimi dan air mata Kaum Hawa yang teraniaya kerana kamu... Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan Maha Adil..
Hai Kaum Adam, kasihanilah Kaum Hawa..apabila mereka tersesat..tunjukkanlah mereka jalan yang benar..janganlah engkau berterusan mementingkan dirimu..dengan menjadikan mereka semakin sesat..dan kemudian engkau tinggalkan mereka begitu sahaja..mengapa Kaum Adam? Mengapa? Bimbinglah mereka..bimbinglah...
No comments:
Post a Comment