Thursday 10 November 2011

♥ Mengelak Parut Dari Kecederaan Akibat Kelecuran ♥


Kecederaan bersebabkan kulit tersentuh atau terdedah kepada air yg mendidih atau wap panas boleh disifatkan dari kecederaan kecil hinggalah kepada yg parah dan bila tidak dirawat dgn betul, akan menyebabkan parut. Kanak-kanak mudah terdedah kepada kelecuran dan parut kerana kulit mereka yg sensitif. Mengurangkan dan mengelakkan kelecuran dari meninggalkan kesan parut ialah dgn segera merawat kawasan dan membiarkan luka sembuh dgn betul. Teruskan merawat dan melembabkan luka setelah ia sembuh utk memastikan kulit senantiasa lembut dan kurang kesan parut jika berlaku.

Cara-Cara:

♥ Letakkan kawasan yg kelecuran dibawah air bersuhu bilik (air paip sebaik mungkin) yg mengalir sejurus kelecuran berlaku utk mengelakkan kelecuran menerap lebih dalam ke lapisan kulit. Jgn gunakan ais atau air yg telah disejukkan di dlm peti ais kerana ini akan mengakibatkan kerosakan kepada kulit. Tidak digalakkan menggunakan ais atau air ais kerana bawasan kelecuran yg berasa dlm suhu panas akan hanya mengakibatkan pertukaran suhu secara mengejut apabila dicurahkan cecair atau air yg dingin dari suhu bilik yg hanya akan merosakkan sel-sel kulit di kawasan kecederaan. Biarkan air mengalir di kawasan kecederaan selama 20 minit.

♥ Tanggalkan pakaian yg terkena air panas atau wap panas. Suhu panas yg terperangkap pada pakaian akan menyebabkan proses kelecuran berterusan.

♥ Tanggalkan segala barangan peribadi seperti jam, cincin dan sebagainya termasuk pakaian yg ketat yg dapat menghalang peraliran darah kepada kawasan yg terjejas.

♥ Balut luka dgn balutan plastik (plastic wrap) pada hari pertama kelecuran. Balutan plastik akan memastikan kawasan senantiasa bersih dan ia tidak melekat pada luka. Jgn balut terlalu ketat. Sapukan gel berasas minyak utk melembab dan menghindari kecemaran.

♥ Balut luka dgn balutan yg tidak melekat apabila ia mula sembuh. Tukar balutan secara kerap. Pastikan utk terus menyapu gel berasaskan minyak pada luka tetapi jgn gunakan losen kerana ia akan menghalang proses menyembuh. Jgn pula cuba menanggalkan kulit terkupas atau melecet yg kelihatan.

♥ Rawat parut yg ada dgn losen Vitamin E dan kepingan silicon perawat parut. Gunakan rawatan ini hanya setelah luka betul-betul sembuh.


No comments:

Post a Comment

My Hamster