Thursday, 10 November 2011

♥ Adakah Anda Tahu ~ Kayu Pemotong ♥

Tidak ada betul atau salahnya akan jenis kayu pemotong yg anda gunakan jika kebersihan adalah keutamaan anda. Hendaklah diketahui pelbagai bakteria/kuman membiak. Dari bakteria yg tidak memberi apa-apa kesan kepada kesihatan kita hinggalah kepada yg boleh mengakibatkan kematian. Salah-satu cara utk mengekang pembiakan kuman adalah utk terus mencuci permukaan dgn sabun dan air suam setiap kegunaan.

Satu kajian telah dibuat utk mengetahui kayu/papan pemotong manakah yg paling banyak mengumpul bakteria/kuman biarpun telah dicuci bersih. Setiap kayu/papan pemotong telah dibubuh jumlah cecair yg sama akan kuman yg tidak merbahaya di tengah-tengah setiap kayu/papan pemotong dan dibiarkan kering. Setelah kering, contoh-contoh telah diambil pada setiap papan/kayu pemotong di bahagian tengah dan tepi, yg kemudiannya disimpan selama ehari contoh-contoh tersebut utk dikenalpasti contoh yg mana paling banyak membiak atau sesuai utk pembiakan kuman.

Keputusannya:

♥ Kayu Pemotong Marmar (marble)
Biarpun kayu pemotong jenis ini kelihatan bukan saja cantik, ianya berat. Walau bagaimana pun, permukaannya yg licin dan tidak mudah calar oleh pisau, membuatkan kita sering berfikir ia tidak akan menjadi tempat pembiakan bakteria. Pemikiran sedemikian adalah salah kerana kayu pemotong jenis marmar biarpun kurang jumlah bakteria yg membiak, bakteria dapat membiak keseluruhan permukaan kayu/papan dgn sekelip mata. Selain itu, permukaan yg keras akan menyebabkan pisau mudah tumpul.

♥ Kayu Pemotong Plastik
Ramai dari kita mungkin punya kayu/papan jenis ini di rumah kerana ia bukan saja mudah didapatkan tetapi ringan dan tahan lasak. Namun demikian, kayu/papan pemotong jenis inilah yg paling banyak menyembunyikan bakteria di celah-celah calar pisau dan biarpun telah dicuci bersih, ia masih mengandungi jumlah bakteria yg banyak di bahagian permukaan yg sering digunakan. Jumlah bakteria yg terdapat di tepi papan/kayu pemotong adalah sedikit.

♥ Kayu Pemotong Kayu
Kayu/papan jenis ini mungkin tidak ramai gunakan kerana berpendapat ia tidak sesuai, lebih lagi ketika basah dan celah-celah bekas dipotong akan menyimpan bakteria. Biarpun terdapat bakteria setelah dicuci bersih, kayu jika dibanding dgn marmar dan plastik mempunyai jumlah bakteria yg paling sedikit dan langsung tidak menggalakkan pembiakkan ke seluruh permukaan. Malahan bagi yg ingin memastikan tidak ada pembiakkan kuman pada kayu/papan jenis ini, ia boleh dimasukkan ke dalam ketuhar mikro utk dipanaskan selama 10min. Satu lagi kebaikan memiliki kayu/papan pemotong jenis ini ialah, jika anda rasakan telah tiba masa utk ditukar, kayu boleh dikitar semula berbanding marmar dan plastik.



No comments:

Post a Comment

My Hamster