Thursday, 10 November 2011

♥ Bolehkah Anda Minum Air Berlebihan? ♥


Mabuk air, biarpun luarbiasa, boleh membunuh. Mabuk air dan kondisi serupa seperti hyponatremia, menyebabkan pelbagai simtom, selalunya tidak begitu mudarat, dapat dirawat dgn segera. Kondisi seperti ini selalunya boleh dilihat pada bayi, ahli sukan yg amatur dan individu yg menyertai pertandingan minum air. Orang dewasa yg meminum air secara jumlah yg banyak dlm masa yg singkat akan menimbulkan mabuk air.

* Mabuk Air
Meminum air yg keterlaluan akan meningkatkan kandungan darah secara keseluruhan, yg akan memberi tekanan kepada jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Sistem peredaran menjadi kembang dgn adanya air yg berlebihan, menyebabkan kadar electrolyte menjunam serta sel-sel mengembang secara tidak normal.

* Tanda-tanda
Simtom awal melibatkan kejang otot, mual, bingung dan hilang arah. Jika tidak dirawat, mabuk air boleh mengakibatkan sawan, otak membengkak dan kemungkinan kematian.

* Bayi
Mabuk air paling kerap berlaku kepada bayi yg masih dibawah 6 bulan. Oleh kerana tubuh badan keseluruhan yg kecil, bayi yang meminum air yg berlebihan atau susu yg dicairkan lebih terdedah kepada kondisi ini.

* Ahli Sukan Amatur
Mabuk air dan hyponatremia boleh berlaku pada ahli sukan amatur yg berolahraga di peringkat yg keterlaluan dan meminum air secara berlebihan. Kejadian yg kerap berlaku adalah ketika maraton di mana tubuh badan dipaksa melakukan aktiviti secara jangka masa yg panjang hanya dgn meminum air utk memulihkan tenaga yg hilang.

* Keadaan Tempat Kerja Tertentu
Tempat kerja yg selalunya terdedah kepada bahang panas boleh mengakibatkan pekerja meminum air secara berlebihan dan selalunya pengurus atau majikan akan memberi 'salt tablet' utk mengelakkan dari mabuk air.

* Peraduan/Pertandingan
Peraduan minum air, di mana mereka yg menyertai perlu meminum air sebanyak 2 atau 3 galon air dlm masa kurang dari sejam, adalah merbahaya. Dlm 2007, seorang wanita berusia 28 tahun telah mati setelah menyertai peraduan seumpamanya di Amerika.



No comments:

Post a Comment

My Hamster