Thursday 10 November 2011

♥ Mengelak Dari Kencing Manis (Diabetes) ♥

Mengetahui cara mengelak atau menghindari kencing manis adalah lebih berharga dari mencari rawatan. Dgn mengetahui bahawa kencing manis adalah di tangga paling teratas penyakit yg boleh menyebabkan kematian, mengambil langkah menghindari dari mendapat kencing manis adalah kritikal. Ini adalah penting lebih lagi jika anda terdedah kepada faktor resiko yg membuatkan anda calon kepada penyakit tersebut.

♥ Pastikan berat badan yg sihat. Kebanyakan pesakit kencing manis adalah mereka yg punya masalah berat badan. Berat badan yg keterlaluan serta lemak badan, terutama di bahagian tengah, meningkatkan lagi resiko mendapat kencing manis.

♥ Ketahui sejarah kesihatan keluarga. Peluang utk mendapat kencing manis meningkat dgn usia jika salah satu ahli keluarga mengidap kencing manis.

♥ Senantiasa aktif secara fizikal. Bersenam secara tetap akan membantu mengelak dari kencing manis dgn mengawal berat badan dan memperbaiki pengaliran darah. bersenam adalah penting jika keturunan meletakan anda di resiko mudah mendapat penyakit itu.

♥ Punya diet yg seimbang, rendah lemak dan gula. Memandangkan kencing manis mengaitkan ketidakupayaan badan utk sama ada mengeluarkan atau menggunakan insulin utk menukar gula menjadi tenaga, ia adalah penting utk menghadkan kandungan glukos dan kanji yg dimakan.

♥ Dapatkan pemeriksaan. Setiap orang yg berumur 45 harus mendapatkan jadual ujian sukatan glukos dlm darah setiap 3 tahun. Bagaimanapun, jika faktor resiko hadir, seperti sejarah keluarga atau masalah berat badan, ujian secara tetap harus bermula di usia yg lebih awal.

♥ Pantau tekanan darah secara tetap dan ambil langkah mengurangkan, jika perlu. Secara purata, 73 peratus dewasa yg mengidap kencing manis juga mengidap tekanan darah tinggi.

♥ Tingkatkan pengambilan buah-buahan segar dan sayuran. Kajian menunjukkan bioflavonoids, pikmen dlm buah-buahan dan tumbuhan yg mengeluarkan warna, dapat merangsang produksi insulin.



No comments:

Post a Comment

My Hamster