Friday, 4 November 2011

Sagu Santan Gula Melaka



Bahan-bahan

1/2 c sagu
1 1/2 cawan air
2 sb gula
Gula Melaka
Santan pekat
Garam
Sedikit tepung jagung - jika suka santan jd pekat

Cara-cara

1. Masak sagu dengan air sampai agak pekat. Masukkan ke dalam loyang dan kukus 20 minit. Sejukkan.

2. Masak gula melaka bersama sedikit air sampai gula larut. boleh masukkan daun pandan jika suka.   
    Sejukkan,

3.Santan dipanaskan dgn sedikit air dan garam. Masak dgn api perlahan sambil dikacau. Masak sehingga  
   santan berwap dan ada buih2 kecil. Boleh dimasukkan sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air jika suka  
   santan tu nampak pekat. Sejukkan.

Cara hidang 

- Scoopkan sagu tadi kedalam mangkuk.
- Curahkan gula melaka dan santan.
- Sgt sedap di makan sejuk


No comments:

Post a Comment

My Hamster