Batuk selalunya ada satu antara dua jenis - kering atau basah. Tertakluk kepada jenis yg mana batuk anda itu akan menentukan bagaimana anda dapat merawatnya. Cara terbaik utk mengenalpasti batuk adalah dgn berjumpa doktor. Bagaimana pun, jika ianya adalah masalah yg berulang, anda boleh merawat batuk anda dgn cara doktor anda telah merawat anda pada masa yg lalu, jika keadaan masih tidak berkurang, anda dinasihatkan utk mendapatkan rawatan doktor selepas beberapa hari.
♥ Mengenal pasti jenis manakah batuk yg sedang anda hadapi. Batuk kering ialah apabila anda merasa tidak selesa atau gatal pada dinding kerongkong anda. Batuk basah pula adalah batuk yg disertai dgn lendir.
♥ Dapatkan ubatan batuk yg betul untk batuk anda. Ada dua jenis ubat batuk - antitusif (antitussive) atau expectoran (expertorant).
♥ Gunakan ubat batuk antitusif bila anda punya batuk kering. Antitusif membantu menghentikan reaksi semulajadi akan badan utk batuk, itulah yg anda inginkan kerana dgn kerap batuk, ia akan memburukkan lagi rasa tidak selesa atau gatal pada dinding tekak.
♥ Belilah ubat batuk expectoran jika anda punya batuk basah. Anda akan batuk yg mengeluarkan lendir dan tentunya anda tidak ingin lendir itu kekal dlm tubuh anda. Jika anda tidak membatukkan lendir itu keluar, ia akan kekal di paru-paru dan menyebabkan masalah yg lebih memudaratkan pada jangka masa panjang.
♥ Cuba rawatan mudah disiapkan di rumah seperti madu dan perahan lemon utk merawat batuk. Adakalanya rawatan seperti ini dapat merawat tetapi jika batuk anda tidak kurang setelah beberapa hari, adalah elok utk mendapatkan rawatan doktor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment