- Apabila mengharapkan orang untuk berkelakuan baik kepada kita, kita akan kecewa. Namun apabila kita berkelakuan baik kepada orang, InsyaAllah kita akan bahagia.
- Memang kita banyak rancangan, memang kita ada pengalaman dan memang kita tahu apa ingin kita lakukan tetapi seandainya perbuatan itu bertentangan dengan garis panduan yang telah Allah tetapkan, siapalah kita untuk mengaku bahawa kita masih berada di pihak yang benar? Buatlah apa saja, rancanganlah apapun tetapi jika ia berbeza dengan peraturan Allah, maka pilihlah peraturan Allah.
- Apa yang kita lakukan sekarang adalah penentu hidup kita 2-3 tahun akan datang. Apa yang kita lakukan sepanjang hidup adalah penentu kehidupan kekal abadi kita di akhirat kelak. Jadi adakalanya kita perlu bertanya kepada diri, “Apakah perkara yang aku lakukan sekarang paling perlu aku lakukan sekarang?”
- Jaga hukum sebelum menjaga pandangan orang. Apabila diperhalusi, maksudnya jaga pandangan Allah sebelum jaga pandangan orang. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu memberi mudarat kepada hamba-Nya..
- Siapa yang mempunyai impian dan berusaha mencapainya tidak akan pernah gagal melainkan hanya akan melalui beberapa fasa ‘belum berjaya’. Gagal hanyalah untuk mereka yang berputus asa.
- Kebahagiaan itu ada pada jiwa orang yang suka ‘memberi’, bukan ‘menerima’.
- Kita tidak mahu berkawan dengan orang yang boleh memudaratkan hidup kita sekeluarga. Namun kita tidak boleh bersangka buruk. Bagaimanapun setelah jelas pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk memusnahkan hidup kita, berusahalah untuk menjauhkan diri dari mereka. Ini bukan memutuskan silaturrahim tetapi menyelamatkan diri dari teranaiya.
- Adakala pergaduhan berlaku bukan kerana masalah yang besar, tetapi kerana sikap ego dan sukar bertolak ansur merajai diri. Pergaduhan adalah permulaan kepada keretakan hubungan silaturrahim. Terputusnya silaturrahim maka terputuslah rahmat dari Allah.
- Hati kita akn merasa tidak senang apabila kita membawa sampah kotor & busuk ke mana sahaja kita pergi. Beginilah rasanya apabila kita menyimpan perasaan benci & marah pada org lain. Buanglah perasaan itu kerana ia hanya akan membebankan kita. Perkara yg kotor, busuk & buruk tidak harus disimpan dan dibawa ke mana-mana pun bersama kita.
- HUDUD ~ Ia bukan soal sesuai atau tidak, tetapi ia berkaitan dengan nilai kepercayaan kita kepada Allah.
- Mungkin adalah tabiat orang kita iaitu suka melihat orang seagama, sebangsa dan satu keturunannya jatuh tersungkur, gagal dan papa kedana dalam hidup. Disebabkan itulah mereka sanggup lakukan apa saja, meskipun mengumpat dan membuat fitnah. Mereka ini tidak kelihatan pelik, ada yang solat, ada yang bertudung, ada yang ke surau tetapi hatinya Allah sahaja yang tahu. Oleh itu, berhati-hatilah duhai teman.
- Beribadah dengan kuat akhirnya menjadi rugi apabila amalan itu ditayang-tayangkan dalam Facebook. Usahlah bercerita tentang ibadah yang dilakukan demi meraih pujian dan perhatian teman. Kerana yang memberi ganjaran ke atas setiap amalan yg dilakukan hanyalah Allah. Biarlah Allah saja yg tahu segalanya.
Credit to : Wan Muhd Ali
No comments:
Post a Comment