Monday, 9 January 2012

Berwaspadalah

Buat kaum lelaki berwaspadalah jangan sesekali mendidik kaum wanita dengan mengikuti perintahnya kerana ia mencerminkan kejahilan anda , jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan , jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara. Maka pimpimlah mereka dengan jalan kebenaran ,jalan yang diredhai Allah kerana kau akan di tanya akan tanggungjawabmu itu wahai lelaki.

“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yang kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu”

(Riwayat Bukhari dan muslim)

Rasulullah saw bersabda :

“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas , jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok , maka berlaku baik pada wanita kamu” (Al-Bukhary dan muslim)


No comments:

Post a Comment

My Hamster