Wednesday 7 March 2012

Ukiran Cinta


Hanya ada satu pelita yang akan kita pegang akan sentiasa menyala biar pun ketika malam yang gelap dan akan menerangi biar pun tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta pada makluk yang bernyawa.

Cinta mencinta dan di cintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan memberi bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilih berlandaskan agama pasti hasilnya di berkati oleh Allah dan sekiranya berlandaskan nafsu maka sudah tentu kelambah hina yang dituju.

Cinta adalah setangkai kepercayaan yang abadi. Cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas di dunianya sendiri. Andai benar dia milik kita pasti dia akan hamper disisi menghangat perjalanan cinta yang tersedia sudah.

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, angaplah ia satu pengorbanan buat mu tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan kau ambil kesempatan dan jangan sesekali niat di hatimu ingin melukankan hatinya.

Cinta merupakan satu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat dari Tuhan telah dicabut dari hatimu, tandanya salah satu nilai kemanusiaan yang ada pada diri mu kian terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodal keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang hilang motivasi dalamnya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat di cintai.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:”Amalam yang di sukai oleh Allah adalah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah”. (Riwayat Ahmad)

Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, khawinilah manusia yang mencintai kerana Allah dan Allah jua mencintainya moga terisi makna cinta sebenar.

Pasangan dan cinta adalah naluri, manakala nafsu otak yang mengawalnya. Jika di biarkan cinta kuasai diri dan merosakkan hidup, pasti akan diburu penyelesaian akhirnya.

Cinta adalah sebahagian fitrah manusia. Orang yang tiada perasaan cinta adalah tidak normal, namun ramai yang menderita kerana cinta.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang di redhai Allah. Apabila kita betulkan niat, kita mesti menjadikan diri kita soleh atau solehah supaya insan yang Allah akan tentukan buat kita nanti juga begitu dekat dengan Allah.

Kita wajib ingat jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang, namun Allah jua yang menentukannya. Kita cuma hanya mampu berusaha mencari jodoh yang terbaik untuk agama Islam yang tercinta, selebihnya hanya bertawakal kerana Dia yang lebih berkuasa menentukan siapa jodoh kita yang telah di tentukan oleh-Nya.

No comments:

Post a Comment

My Hamster