Thursday, 1 March 2012

8 Cara Takluki Hati Wanita

1.Berusaha Keras

Bila anda sudah bertemu dengan gadis idaman, janganlah hanya bersikap tunggu dan lihat. Kelak nanti akan kempunan melihat dia disambar oleh orang lain. Anda carilah pelbagai cara untuk menarik hatinya. Lagi gigih anda berusaha, lagi menonjolkan diri anda di matanya.

2.Fikirkan Langkah Seterusnya

Apabila anda mula memikatnya, fikirkan pula langkah-langkah ke hadapan. Maksudnya, mula merancang untuk sebuah perhubungan yang lebih serius lagi. Merisik, bertunang dan melangkah kea lam rumahtangga. Apabila anda menunjukkan kesungguhan, maka dia tahu anda bukan sekadar main-main dalam perhubungan.

3.Jangan Melampaui Batasan

Jaga tingkah laku anda di saat bersama dengan si dia. Janganlah pula melampaui batasan kerana anda mungkin akan hilang kepercayaannya. Sekali berlaku boleh dimaafkan tetapi sekiranya asyik dilakukan,anda mungkin akan kehilangannya.

4.Keluar Bersama

Berusahalah menyenangkan hatinya dengan mengajak keluar bersama. Jaga hatinya, Insya Allah hanya anda yang bertakhta di hatinya.

5.Memahami Siapa Rakannya

Kadangkala, agak sukar bagi seseorang itu menerima hakikat bahawa wanita yang disayangi bersahabat dengan dengan ramai lelaki. Namun anda tidak perlulah risau jika itu adalah membuatkan dia senang begitu dan fahami dirinya. Tidaklah mustahil wajahnya yang cantik atau sikapnya yang peramah dan tidak sombong membuatkan wanita pujaan hati anda itu begitu disenangi oleh ramai lelaki.

6.Rancang Yang Terbaik

Ada pepatah mengatakan “Lelaki penuh dengan perangan”. Ini kerana di dalam kepala mereka akan sentiasa penuh dengan idea, bersamaan dengan sembilan akal, satu nafsu. Jadi anda perlu merancang yang terbaik untuk memikat hati wanita. Pastikan apabila anda merancang sesuatu untuknya, ia akan member impak yang berkesan di hati si gadis.

7.Jangan Terus Dibiarkan

Bila anda berusaha untuk memikatnya, jangan membiarkan apa yang anda genggam itu terlepas dari tangan. Pastikan anda terus menjaga hatinya. Berusahalah untuk memenangi hatinya, Tanya apa keperluannya. Bila anda Berjaya memenangi hatinya, bermakna anda adalah sang hero di hatinya.

8.Adakah Dia Meminati Anda

Satu perkara yang harus anda faham, dari luaran wanita idaman anda itu nampak menyukai anda tetapi adakah ituhakikat yang sebenar? Atau dia hanya sekadar berpura-pura tidak mahu melukai hati anda. Kalau jawapannya dia benar-benar menyukai dan menyintai anda, maka anda sangat bertuah.

No comments:

Post a Comment

My Hamster