Anda pernah mendengar istilah ‘pembelit’ ?
Pembelit lidah “tongue twister” adalah farsa khas bagi menyukarkan ia disebut. Contoh pembelit lidah adalah : Gajah lalu lalang layu. Satu contoh lain adalah Buaya biawak (disebut berulang-ulang dengan cepat.) Contoh bahasa Inggeris: “She sells seashells by the seashore”, atau “Peter Piper picked a peck of pickled peppers. If Peter Piper picked a peck of pickled peppers, how many pickled peppers did Peter Piper pick?” Pembelit lidah bertujuan membelit lidah anda. Ini tidak membahayakan bahkan membantu anda melakukan senaman lidah apabila berhadapan dengan pembelit.
Lidah berbelit didefinisikan sebagai orang yang mempunyai lidah yang bercabang-cabang. Kata-katanya di hadapan seseorang akan berbeza apabila berada di belakangnya atau kata-katanya berbeza di satu keadaan dengan satu keadaan yang lain.
Kenapa pembelit dikaitkan dengan ular?
Bukan semua ular sifatnya membelit tetapi ular yang membelit biasanya adalah ular jenis yang merbahaya yang boleh membunuh mangsanya.
Manusia pembelit : Orang tua-tua ada berkata bahawa kalau seseorang terserempak dengan ular dan manusia pembelit seumpama itu, pukullah manusia pembelit itu dahulu. Kalau ular terlepas tidak mengapa kerana dia adalah binatang tidak berakal yang akan menghilangkan diri daripada manusia. Namun manusia pembelit ini manusia berakal dan dia akan semakin kuat membelit apabila dibiarkan bebas berbuat demikian.
Adalah semua pembelit merbahaya?
Ada pembelit yang jinak tetapi kebanyakan jenis pembelit adalah bahaya.
ular lidi
Pembelit yang jinak ialah spesis yang membelit lidah bagi kepentingan untuk menyelamatkan diri sendiri untuk berenak-enak, bermalas-malas atau untuk mencari jalan pintas. Namun pembelit seumpama ular lidi ini tidak mematuk dan boleh dirawat dengan nasihat atau terapi disiplin yang tertentu.
Ular sawa memakan kangaroo
Pembelit yang merbahaya ialah sepsis yang pandai bermain lidah, pandai mengipas, cekap ‘mengampu bos’ dan petah dalam pengucapan awam demi mengejar cita-citanya yang tinggi. Pembelit seumpama ini cukup bahaya kerana dia bukan sahaja pandai melepaskan diri apabila terancam, bahkan dia berpotensi mematuk mangsanya sehingga terbunuh karier pesaingnya mahu pun spesis baik yang cuba mengganggu lengkaran pembelitannya.
Apa anda perlu buat?
- Berhati-hati apabila berhadapan dengan pembelit kerana dia akan merakamkan kata-kata anda untuk kegunaannya di satu masa nanti.
- Anda juga perlu berhati-hati dengan rakan-rakan sekutu pembelit yang merupakan kroni perjuangannya.
- Anda harus merancang tindakan kerja-kerja anda dan seelok-eloknya didokumentasikan agar mempunyai bukti di masa depan.
- Anda harus pandai berurusan dengan bos anda agar mempastikan bahawa dia tidak termakan umpanan pembelit.
- Anda harus berpakat dengan spesis baik yang lain agar tidak memberi muka kepada pembelit dan kroninya yang berusaha membelit mangsanya yang tawadhu’.
- Anda tidak seharusnya tersenyum atau bertepuk tangan walau pun si pembelit mampu berpidato dengan petah sekali. Tunjukkan kepadanya bahawa anda serius terhadap sikapnya yang suka mengampu dan bersedia untuk membelit.
- Anda harus kuat berdoa agar si pembelit insaf dengan dirinya dan kembali ke pangkal jalan. Harus kita ingat bahawa kita hanya berusaha dan Allah swt sahajalah yang mampu memberi petunjuk dan mengubah sikapnya.
No comments:
Post a Comment