Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”
Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.
Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba.......
No comments:
Post a Comment