Sunday 5 February 2012

Khasiat Aloe Vera

Nama Tempatan: Lidah buaya
Nama Saintifik: Aloe Vera Linn.
Nama Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)
Lokasi dijumpai: Seluruh dunia
Asal: Afrika Utara

Keterangan:
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.

Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.
Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera.

Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.
Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika Utara. Aloe Vera membiak dengan cara pembahagian anak.

Kandungan di dalam pokok lidah buaya:

1. Air

2. 20 mineral

3. 12 vitamin

4. 18 asid amino

5. 200 phytonutrien

6. Enzim

7. Triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)

8. Glyconutrien & glycoprotein

9. Polisakaraid

10. Acemann, mannose-6-fosfat polimannan

11. Fenolik glikosid

12. Dihidrokomarin

Pokok Aloe Vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang besar pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari seranganbakteria.Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.

Kegunaan:
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.

Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.

Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.

Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.
Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.

Ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

Faedah yang boleh diperolehi daripada Aloe Vera:

1. Menghentikan pertumbuhan tumor

2. Merendahkan kadar kolesterol

3. Memperbaiki sel darah

4. Menambah oksigen di dalam darah

5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh

6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan

7. Menyembuhkan penyakit ulser dan sistem penghadaman

8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simptom

9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan

10. Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar

11. Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut

12. Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai pembalut luka kerana ia bersifat anti-bakteria

13. Menghentikan kanser kolon

14. Sebagai pelincir salur perkumuhan

15. Menghilangkan buasir

16. Meneutralkan gula di dalam darah

17. Memelihara buah pinggang dari penyakit

18. Menghalang jangkitan

19. Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga

20. Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak

21. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)

No comments:

Post a Comment

My Hamster