Thursday, 16 February 2012

Gagahnya Wanita, Cantiknya Lelaki

Siapa kata yang gagah itu hanyalah lelaki dan yang lemah lembut itu hanyalah wanita. siapa kata lelaki sekuat dan sehandal pahlawan perkasa yg berani di medan perang dan wanita selembut dan selemah insan tak bermaya.

Gagahnya wanita kerana empat perkara:
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


"Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan."

Ayunya lelaki kerana enam perkara :
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

"Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki."

Berapa ramai lelaki yang mampu hidup keseorangan tanpa ada peneman? Berapa ramai lelaki yang mampu turunkan ego dan menghormati pandangan orang lain?

Tabahnya seorang wanita itu bila di tinggalkan dan berada dalam kerinduan tetapi hatinya penuh dengan keredhaan.

No comments:

Post a Comment

My Hamster