Wednesday, 29 February 2012

Resepi Kek Pisang


Bahan-bahan
4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur sederhana besar
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 sudu teh bicarbonat soda
secubit garam

Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang
  • Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
  • Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  • Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
  • Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
  • Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak

No comments:

Post a Comment

My Hamster