Jika Jodoh adalah TAKDIR maka aku tak perlu risau mencari dia atau dia jodohku dengan jalan mencuba menjalin hubungan tanpa halal sebagai alasan untuk mencari.
Jika jodoh adalah TAKDIR maka aku harus beriman padanya, pada takdir-Nya bahawa jika sebuah nama telah ditetapkan menjadi belahan jiwa kita, kita pasti dipertemukan dengannya dlm ikatan yg diredhai-Nya. Maka cukuplah masa terluangku, ku isi dgn memperbaikai dan menuntut ilmu,cukuplah itu memberiku ketenangan dan kebahagiaan untuk menjadi cinta.
Namun, Jika Jodoh adalah pilihan, Maka aku wajib membela diri, kerana Rasullullah pernah bersabda ''pilihlah yg baik agamanya agar kamu beruntung…''
Ya, jika aku tetap memilih seseorang hanya kerana harta kekayaannya meski pun agamanya dan akhlaknya buruk, maka perkahwinan ku tidak akan pernah diredhai-Nya.
TAKDIR ataupun PILIHAN tugas kita tetap sama, iaitu menuntut ilmu, membela diri dan membangunkan rasa cinta kita pada Allah Ta'aala.
No comments:
Post a Comment