Friday 24 February 2012

Majlis Pernikahan Lisa Surihani & Yusri (23/02/2012)


kredit gambar beautifulnara.com

Assalamualaikum....

Firstly, nk say congrat's to lisa & yusri kerana telah sah menjadi pasangan suami isteri semalam...kdua2 mempelai nmpk sepadan dan cantek sekali...Lisa Cantik dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih manakala Yusry pula segak bergaya mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah lisa surihani dan yusri KRU dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan ‘Winter Garden’.Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira.

Pasangan lisa surihani dan yusri KRU diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.Majlis pernikahan lisa surihani dan yusri KRU dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

lisa surihani menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum. Dalam pada itu, pihak Lisa menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepadaLisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding....

No comments:

Post a Comment

My Hamster