Sunday, 19 February 2012

6 Peringkat Cinta

INGAT!!.. CINTA dalam ISLAM ada 6 peringkat,dan jika kita mengikut urutan peringkat ini insyaallah barokah Allah akan mengiringi perjalanan hidup kita.....

1) Cinta Tatayyum,cinta teragung dan menjadi hak Allah semata-mata.

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin.”

2) Cinta ‘Isyk yang menjadi hak RASULULLAH SAW.Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya.

3) Cinta Syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.

4) Cinta Shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah.

5) Cinta Ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan sebagainya.

6) Cinta Intifa’ iaitu cinta/keinginan kepada selain dari manusia iaitu harta benda,pangkat,nama dan wang ringgit.

* jadi fahami CINTA dari perspektif ISLAM........

No comments:

Post a Comment

My Hamster