Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )
300g tepung
350g gula
½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
* 2 biji telur
Cara-cara
1) Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
2) Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
3) Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.
Tepung ape yg digunakn?
ReplyDelete