Monday 16 April 2012

Gambar Perkahwinan Azza Elite






Azza bekas anggota Elite sah bergelar isteri kepada Azlan Zulaily seorang pramugara penerbangan AirAsia dengan tiga kali lafaz.


Mereka dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman selepas solat Asar pada 1 April 2012.

Pada majlis tersebut pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang antaranya mengandungi beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300 dan dibalas dengan sebelas dulang hantaran oleh pihak perempuan yang antaranya mengandungi minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari yang berusia 34 tahun menerima RM 10,000 sebagai wang hantaran. 

Menurut Azza, dia berharap agar perkahwinannya bersama Azlan yang berusia 25 tahun adalah terakhir buat dirinya selepas kegagalan rumah tangganya sebelum ini.

Tahniah buat Azza & Pasangan...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...


No comments:

Post a Comment

My Hamster