Monday 16 April 2012

Perkahwinan Natasha Hudson & Carleed Khaza






Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liana Hudson, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.

Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar.

"Semoga perkahwinan saya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat," katanya yang enggan mengadakan sebarang majlis resepsi.

Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin. Kredit gambar kepada rotikaya.com








No comments:

Post a Comment

My Hamster