Friday, 3 February 2012

Resdung

Assalamualaikum...

Jerawat aku mula la tumbuh merata-merata...Makin lama, makin banyak lew plak...haisshh..myampahnya aku.. da lame aku x g buang resdung...mula la gatal-gatal balik kt muka aku..huhuhu...x suke sangat2...Aku sendiri x taw apa punca resdung dan macam ana resdung neh boleh ada...Td ak baca 1 blog, salah satu punca resdung ialah dtg dr bulu binatang seperti kucing dan arnab...betul ke?dah la ak bela arnab n aku syg sangat2 gn arnab aku 2...huhuhuhu..aku ada resdung dah lama..before bela arnab lagi...emmm...agk musykil gk la bila di katakan punca resdung datang daripada bulu haiwan seperti arnab dan kucing...

Dekat bawah neh, aku masukkan penerangan yg lebih tentang resdung neh...aku copy dr blog-blog yg aku baca..so, sesiapa ada resdung, moh le kita baca untuk tambahkan ilmu pengetahuan kita yea...

Resdung - Punca dan Petuanya 

Mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu kita dengar.

Apa itu resdung??

Resdung
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Apa dia punca resdung ni??

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 


Petua mencegah resdung :

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

* Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer. 

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dan lain-lain.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.


Credit to this Blog : Klik DISINI if nk check blog neh

No comments:

Post a Comment

My Hamster