Saturday 10 December 2011

Pemurahnya Allah S.W.T Kepada Kita

Baiknya Allah s.w.t, tuhan yang ghaib..tapi sentiasa memerhatikan gerak geri hambanya di muka bumi ini. banyak kurniaan Allah s.w.t...
Allah menciptakan langit dan awan yang tak pernah runtuh untuk siapa? 
Allah kurniakan tanah yang tumbuhnya kehijauan darinya untuk siapa?
Allah kurniakan matahari yang menerangi siang hari untuk siapa?
Allah kurniakan bulan yang memancar cahayanya di malam hari untuk siapa?
Allah kurniakan angin yang dingin menyamankan untuk siapa?
Allah kurniakan air yang mencurah curah untuk siapa?
Allah kurniakan tumbuh tumbuhan menghijau untuk siapa??
Allah kurniakan udara untuk siapa?? 
untuk siapa??
untuk KITA wahai saudara muslimku... 
Allah telah mengurniakan segalanya..untuk HAMBANYA.. 
tanpa menyuruh kita mengenakan bayaran walau sesen pun..

ALLAH hanya mahu kita BERSYUKUR, menjalankan PERINTAHNYA, dan meninggalkan LARANGANNYA..

cuba bayangkan kalau kita diharuskan membayar RM1.00 untuk sekali menghirup udara? pasti kita tidak mampu. Namun pemurahnya Allah s.w.t tuhan kita, dia tidak mengenakan bayaran pun. sebaliknya terus menerus memberi nikmat berlimpah ruah.. subhanallah... masyaAllah... Allahuakhbar.... Alhamdulillah ya Allah.....!! ♥


No comments:

Post a Comment

My Hamster