Sunday, 12 August 2012

Resepi Ayam Ungkep (Masakan Jawa)


Bahan-bahan ( 10-12 orang )
1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
30-40 gm ketumbar - dikisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
1 batang serai - dititik
3 sudu makan gula
Garam - secukup rasa
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1) Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.

2) Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.

3) Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.

4) Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.

5) Masukkan air. Gaul lagi.

6) Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.

P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.



1 comment:

  1. masak ungkep 2. buley r ajar i nty k? .. ha8 ..sedap x?.. xpenah rase nie :P

    ReplyDelete

My Hamster