Monday, 28 March 2011

Cinta, Sayang, Suka & Minat.........

CINTA Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh dia ingin mengetahuinya dan kita sebaik mungkin tidak mahu menyakitkan hatinya. Kita juga akan sentiasa berfikir tentang dirinya, biar pun sesaat.

SAYANG Kita memerlukan dia dimasa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka dan duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita.

SUKA Kita sukakan dia kerana dia seorang yang kelakar malahan dia juga happy-go0lucky. Bila bersama-sama dengan dia, kita akan rasa gembira, gelak tawa bersama sampai mahu pecah perut dibuatnya. Tapi, kita tidaklah terlalu merinduinya sekiranya tidak berjumpanya selama seminggu.

MINAT Ada sesuatu pada dirinya yang menarik untuk kita mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap dan berambut kemas seperti Brad Pitt, sudah pasti kita akan melihat gerak-geriknya. Sekiranya dia pandai melukis, apa shaja yang dilukisnya pasti cantik belaka.

No comments:

Post a Comment

My Hamster