Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah S.W.T ialah :
1) Beriman dengan Allah S.W.T - iaitu mengakui dan meyakini bhw Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan segala tuntutan-tuntutannya.
2) Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada allah - melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.
3) Sentiasa bertaubat - sentiasa bertaubat dan sentiasa mengharap kepada Allah dlm segala usaha dan amalannya
4) Melaksanakan segala perkara yang wajib, fardhu dan nawafil - melakukan & melaksanakan perkara yg wajib yg telah di tetapkan oleh Allah S.W.T.
5) Redha menerima qada' dan qadar Allah - sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "apabila mendapat ksenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersababr, maka menjadi baiklah baginya."
No comments:
Post a Comment