Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, membiarkan isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, juga membiarkan isterinya mendedahkan aurat, walaupun suami itu seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
Seorang abang atau adik lelaki atau seorang anak lelaki bertanggungjawab menjaga maruah wanita dalam keluarganya. Jikalau mereka hanya membiarkan ibu mereka, atau kakak mereka, atau adik-adik perempuan mereka melencong dari ajaran Islam tanpa memberi teguran dan nasihat, tunggulah sehingga wanita-wanita dalam keluarga mereka mengheret mereka sama ke neraka di akhirat kelak.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di
dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup aurat tanpa menasihati mereka supaya menutupnya dan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.
No comments:
Post a Comment