Saturday, 20 August 2011

Adakah Kita Sudah Menjalankan Tugas Sebagai Khalifah?


~Khalifah hebat, Sultan Muhammad B Murad al-Fatih~

Apakah Tujuan Hidup?

Apa yang dicari di dunia ini? Makan, minum, mundar-mandir, nikah, tidur, dan mati? Kita bukan dicipta sekadar untuk itu.


Adakah sekadar meratap hiba di sejadah? Ya, ia satu perbuatan kehambaan yang sangat besar faedahnya.. Tapi Islam tidak sekadar di situ. Selain daripada hamba yang beribadah pada Tuhannya, kita juga adalah khalifah..

Firman Allah SWT:-
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(al-Baqarah: 30)

Jika hamba itu bersifat lemah, meratap hiba dan bergantung pada tuannya, itu adalah sikap yg dipamerkan ketika beribadah ritual.

Bagaimana Sifat Khalifah?

Bagaimana pula dengan sifat seorang khalifah? Seorang khalifah adalah pentadbir. Tidak cukup untuk seorang khalifah menjadi baik seorang diri seandainya orang di bawahnya dipandang sebelah mata.

Adakah kita sudah menjalankan tugas sebagai seorang khalifah yang menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar atau kita sekadar tidak peduli dengan maksiat yang seringkali muncul di depan mata?

Adakah kita benar-benar menjaga diri dan keluarga dari api dunia malah yang lebih dasyat lagi, api akhirat? Adakah anak-anak lelaki & perempuan sudah diajar akan ajaran agamanya yang benar-benar tulen?

Adakah mereka telah diajar agar bukan sahaja menutup aurat, malah juga menahan pandangan dari memandang yang haram? Adakah apa yg kita ajar itu, sentiasa kita kuatkuasakan kpd mereka atau sekadar di bibir kita sahaja?

Kata pepatah dari mata turun ke hati.. semuanya ada aturan, ada kronologi.. Jika baik kita laksanakan tugasan sebagai hamba & khalifah, maka baiklah generasi yg akan datang.

Mengingati Tugas Sebagai Hamba & Khalifah Allah

Setiap kali mahu terlalai, cubalah untuk mengingatkan diri akan tujuan hidup. Tadabbur ayat yang menunjukkan tugas kehambaan.
Firman Allah SWT:-
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"
(adz-Dzariyat: 56)

Tadabur ayat yang menyatakan akan tugas sebagai khalifah.

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(al-Baqarah: 30)

Lihat pula ayat dari surah al-Mulk ini yang juga menyatakan tentang tujuan manusia diciptakan:-

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".
(al-Mulk: 2)

No comments:

Post a Comment

My Hamster