Tuesday, 30 August 2011

Pengertian Hari Raya Aidilfitri


1) Hari Kemenangan

Sudah tersemat di setiap mentaliti orang melayu bahawa sambutan lebaran adalah merupakan sambutan hari kebebasan untuk kembali kepada rutin asal iaitu bersarapan, makan tengah hari, dan minum petang. Ertinya, bebas dari "beban" berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Sebulan mengharungi bulan Syawal adalah sebagai balasan berkering tekak selama sebulan di bulan Ramadhan.

Selingan : "Achik puasa seminggu, jadi Achik cuma boleh beraya seminggu aje."

2) Hari Pertumpahan Darah

Bukan kerana bertarung tenaga di medan juang sebaliknya tergopoh-gapah di jalanraya. Kononnya terlalu teruja untuk menebus kerinduan pada kampung halaman dan sanak saudara. Fikiran sudah melayang jauh dari tempat bumi nyata dipijak. Selalunya sifat tergesa-gesa mengambil alih sifat tenang kita musim perayaan sebegini. Sila tegaskan otak anda "Memandu pada tahap kesedaran yang jelas". Tidak perlu berkejaran di jalanraya. Pandu dengan sifat sabar

.3) Hari Peragaan Sedunia

Bayangkan! Fikirkan! Renungkan! Apa yang tergambar di minda anda???

4) Ziarah-menziarahi dan bertanya Khabar

Amalan yang menjadi kelaziman sebagai memenuhi syarat berhari raya adalah saling ziarah-menziarahi. Pada hari berbahagia inilah detik dan ketikanya untuk kita berkunjung ke rumah jiran tetangga. Sedar tidak sedar, pada hari itulah baru kita perasaan bahawa anak jiran yang tinggal selang 3 buah dari rumah kita yang dulunya kita gelar budak hingusan sudah bekeluarga dan berjaya dalam karierMengapa tidak amalan saling berkunjungan ini diteruskan bukan sahaja ketika sambutan hari raya? Ketara di sini bahawa kita tidak peka dengan persekitaran masyarakat di sekeliling kita.

5) Menikmati Hidangan 

Pada hari indah inilah waktu yang amat sesuai untuk kita memuaskan nafsu makan yang keterlaluan. Segala jenis juadah ingin disumbat ke dalam mulut. Tekak terus memaksa walau perut kian merungut tidak mampu menanggung lagi. Keasyikan menikmati makanan yang lazat-lazat membuatkan kita terlupa akan tujuan sebenar kunjungan kita.

6) Bermaaf-maafan

Aktiviti wajib. Mentaliti bersuara bahawa ini adalah hari khusus untuk saling bermaafan. Segala ketelanjuran yang sekian lama tersimpan, segenap rasa sakit hati yang terpendam diluahkan dengan sedu-sedan. Kenapa perlu menunggu sehingga Syawal menjelma? Bukankah kita dianjurkan untuk saling memaafi tidak mengira waktu?


No comments:

Post a Comment

My Hamster