Saturday 22 December 2012

Resepi Sotong Goreng Tepung



Bahan-bahan:

sotong- ikut suka nak banyak mana and I prefer sotong yang besar besar.
tepung gandum - 1 cawan (utk hidangan ini)
tepung jagung - 2 sudu besar (utk hidangan ini)
2 biji telur (dipukul)
lada sulah - 1 sudu kecil
1 biji limau kasturi ( jus sahaja) 
garam secukup rasa

*satukan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah dan garam.
*kalau taknak guna tepung gandum boleh pakai tepung beras juga.

Cara-cara:

1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi beberapa minit.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung,lada sulah, dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Makan panas panas-panas sangat sedap!


No comments:

Post a Comment

My Hamster