Tuesday, 28 February 2012

Tanda Isteri Derhaka


Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."

(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban) 

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."

(Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

Sebelum Tidur Lena


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir. 
3. Sebelum para muslim meredhai kamu. 
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah....Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
- Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
- Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
- Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
- Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..

Pemuda VS Pemudi : Logikkah?


Logikkah?
Ramai menganggap lelaki bersalah jika berkawan mesra dengan seorang perempuan, tetapi bukan niat untuk dihalalkan (kahwin)?

Patutkah?
Seorang perempuan berkawan mesra, melayan seorang lelaki, tetapi sekadar teman biasa, dengan alasan selesa berkawan sedemikian?

Salahkah?
Apabila lelaki dilayan mesra itu, berasa tertarik, lalu meluahkan perasaan untuk mengubah perhubungan kawan yang penuh batasan menjadi teman yang pasti halal, lantas dikatakan tidak ikhlas dalam berkawan.

Setujukah?
Berkawan lelaki dan perempuan, BIASANYA akan ada atau bakal timbul satu perasaan lumrah, ke arah pernikahan.

Solusinya..
Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
Tutuplah jalan-jalan fitnah yang tidak pasti bila datang, kerana ketaqwaan.
Samada sekadar keperluan atau untuk pernikahan..
Jika perlu berhubung lelaki dan perempuan, pastikan sekadar keperluan,
Segala yg berlebihan, layanan mesra MESTILAH dijauhkan
Jika ada PERASAAN, ikhlaskan, ikut saluran yang betul.

Untuk kaum Adam,
  • Jika ada perasaan, pastikan mengikut saluran yang betul, berdasarkan pedoman Al-Quran dan Sunnah Nabi Junjungan SAW.
  • Jika ditolak samada penuh kehormatan atau tidak berbalas, anggaplah ianya 'ibrah (pengajaran) dan khibrah (pengalaman) kehidupan.

Untuk kaum Hawa,
  • Jika ada menerima luahan penuh keikhlasan yg telah mengikut saluran yg betul, cubalah balas keikhlasan dengan kejujuran, "berkatalah benar walau jawapannya penuh kepahitan".
  • Jika tiada kemampuan, gunalah kebijaksanaan untuk menyatakan juga jawapan (mungkin melalui saluran orang tengah), apa yang penting, jujur dan tenang dalam jawapan. 

Lelaki Pemalu Yang Mudah Memberi Hati


"Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi yang kedua bukan".

Salam ziarah..

Kemeja hitam berkolar putih menyaluti badannya . Seorang lelaki membetulkan rambut hitamnya yang kusut masai . Merapikan muka si pemalu di hadapan cermin lokar . Hajat hatinya memberi kelulusan bertemu dengan si gadis menggusarkan hatinya . Cicak atau ayam yang membuang najis kapur menjadi agenda hari ini. Segan dan malu .

Hampir-hampir memutuskan untuk membatalkan pertemuan empat mata dengan si gadis . Mungkin , sel-sel malu yang tidak pernah lupa memberi peringatan. Namun, daripada paksi selatan hatinya bertegas janji perlu diperkotakan. Disokong oleh paksi barat dengan hujahnya, hanya diskusi ilmu di kafeteria sahaja bukan beraktivis nafsu .

Paksi utara hanya termenung melongo. Entah apa difikir. Paksi timur hendak berhujah membangkang namun jelas kuasa majoriti pasti menang . Akur dengan keputusan . Sepi tidak menolak walaupun cuba juga menyuarakan . Gagal .

Lelaki yang pemalu itu keluar daripada rumahnya . Menerima niat paksi selatan dan barat. Ya, hanya untuk kebaikan sejagat. Sel-sel malu yang tersipu-sipu menyelimuti pipinya yang sedikit berisi. Pasti senyum seorang lelaki yang pemalu ini memberi lesung pipit yang comel.

Namun, lelaki pemalu ini seakan sudah mati fungsi untuk memberi senyum di saat terpandang si gadis yang duduk ibarat puteri kayangan yang bersantap di atas kerusi kafeteria bersama buku-buku tebalnya di atas meja.

Sel-sel malu mula berlumba merembes ke liang roma kulit lelaki pemalu. Peluh dingin meratai dahi dan jatuh ke pipi. Mungkin, peluh di dahi itu yang membantut senyuman comel lelaki pemalu itu .

Renungan matanya merudum sehingga tersungkur ke lantai marmar. Langkah perlahan demi langkah perlahan menuju ke kayangan. Retina matanya memutar ligat melalui ekor mata kiri dan kanan, takut berlanggar dengan manusia lain dek kerna matanya tidak fokus ke hadapan. Memberi salam dengan getaran jiwa si pemalu yang tidak dibuat-buat. Asli daripada atma lelaki itu .

Kemudian, terdengar sapaan bait-bait lemah lembut si gadis ; satu persoalan si gadis kepada lelaki itu yang memberi transformasi sel-sel malu itu bercambah pada kadar maksima. Darah seakan laju berlumba ingin keluar daripada liang roma kulit muka si pemalu. Hangat dan merah pipinya seperti mahu meletuskan sesuatu yang terpendam .

Sel-sel malu bertindak seperti ekstrimis yang tidak pernah gentar tetapi tersipu-sipu gerakannya. Paksi timur khuatir. Kasihan dengan perubahan drastik lelaki pemalu. Mungkin, sudah mati akal untuk memberi kata jawapan kepada soalan si gadis tadi .

Di saat kabut yang sedang melanda hati lelaki itu, paksi selatan dan barat kecut mendiamkan diri, tak kurang juga memberi bisikan nakal. Bisikan nakal yang sudah lari daripada niat asalnya berjumpa si gadis. Paksi utara pula , jangan ditanya sudah lama terkubur dengan mimpi indahnya selepas melongo ketika perbincangan .

Paksi timur yang kasihan juga mati akal. bimbang dengan ilmu yang sedikit. Khuatir dengan si lelaki pemalu itu bertindak luar daripada rasional fikirannya . Namun , atas dasar perasaan kasihan, paksi timur membisik naluri lelaki pemalu itu . Memberi jawapan kepada si gadis yang sudah lama bertanyakan soalan yang menggusarkan lelaki pemalu .

Lelaki yang malu itu cuba menguatkan atmanya . Kotak suaranya cuba mengumpulkan udara memberi paduan mampat gelombang yang ingin diletuskan. Bersedia memberi jawapan kepada persoalan si gadis itu . suara bercantum dengan akal, suara si pemalu itu terbang liar ke cuping si gadis .

'Aku lelaki yang mudah jatuh cinta kepada perempuan . Hasrat engkau mahukan mataku memandang matamu bukanlah pilihan tepat untuk lelaki persis aku . jadi , aku pohon izinkan mataku sentiasa menyembah bumi selepas memberi pandangan pertama kerna aku bimbang pandangan kedua ku mampu memberi hati kepada kamu , si gadis yang bertudung cantik , '

Lelaki pemalu itu bangun. Sel-sel malu mula stabil. Merah mukanya memberi kembali warna asal. Keluar daripada istana si gadis kayangan .Kelihatan lesung pipit yang comel berjalan masuk ke atmosfera ketenangan. Senyum...

Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :
"Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya daripada keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat".
p/s : agak-agaknya kan , apa soalan ditanya oleh si gadis itu kepada lelaki yang pemalu ?

Dok2 – Love & Life, The Album

[Album] Dok2 - Love & Life, The Album

도끼(Dok2) – Love & Life, The Album
Release Date: 2012.02.24
Genre: R&B, Hip-Hop
Language: Korean
Bit Rate: 320kbps

Track List:
01. Love & Life (feat. Rado)
02. Best Time (In Our Life)
03. Let Me Love U
04. 비밀 2 (feat. Zion.T)
05. Plenty (feat. Jinbo)
06. They Love Who ?
07. Leave Me Alone (Fuck You)
08. Can’t Let You Go (feat. Bumkey)
09. It’s Alright
10. Lonely Nights
11. 어제 같은 오늘

Monday, 27 February 2012

Hujan - Kotak Hati Lirik




Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

Resepi Laksam


 Bahan-bahan 
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam
>>bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

Cili
cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara
  • Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  • Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  • Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  • Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

My Hamster