Monday 26 December 2011

Air Nira Nipah


Ada sesiapa yang tak pernah minum air nira? Jika tak pernah minum, sila kelip-kelipkan mata anda.

Rasanya sungguh enak. Dapat menghilangkan dahaga terutamanya ketika cuaca panas. Air nira berasal dari pokok nipah atau pokok kelapa. Di negeri pantai timur, Nira dikenali sebagai air tuak. Air Nira sangat terkenal di utara Semenanjung.

Air nira yang baru diambil dari pokok sangat segar, manis dan sedap diminum. Namun air nira tidak dapat bertahan lama sekiranya tidak disimpan dalam peti sejuk. Airnya yang manis akan bertukar menjadi masam.

Antara khasiat air nira adalah untuk menyejukkan badan, mengurangkan batuk, merawat demam, menyuci buah pinggang dan memecahkan batu karang.

Air nira yang telah masam, jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Nira masam boleh disimpan beberapa ketika sehingga menjadi jernih kembali dan dibuat cuka nipah asli. Cuka nipah juga boleh digunakan dalam masakan atau dalam bidang perubatan. Ia dipercayai dapat melegakan sakit akibat lumpuh.

Di Perak juga ada dijual air nira namun rasanya tidak seenak air nira di utara tanah air dan harganya pula mahal. Air nira yang dijual di tepi-tepi jalan di Perak terasa seperti campuran air gula putih dan kurang segar. Sekali minum, dah tak nak dah. Berlainan dengan air nira nipah asli, apabila diminum seteguk terasa seperti tidak puas nak nak minum lagi.


2 comments:

My Hamster